Powered by Blogger.

Inilah Soalan PANAS Nurul Izzah Kepada DS Zahid Hamidi Tentang MOU Bangladesh-Malaysia Yang Buat DS Zahid Hamidi TERKEDU !!!

Untitled


Berikutan sistem penggajian yang tidak setimpal di negara ini, Nurul Izzah menerusi laman blognya menujukan beberapa persoalan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi dan Timbalannya, Datuk Nur Jazlan Mohamed.
“Dengan kontrovesi sebegini , struktur aliran kerajaan Malaysia dalam membuat keputusan polisi wajib dipersoal.
“Adakah sebuah tindakan susulan memorandum persefahaman (MOU) Bangladesh-Malaysia boleh dibatalkan sebegitu sahaja?
“ Disamping itu, senaraikan semua syarikat-syarikat dan industri yang memohon dan memerlukan pengambilan pekerja daripada Malaysia. Berapakah jumlahnya? Berapakah peratus yang diwakili Malaysia daripada 139 negara yang diumum Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot?” soalnya.
Persoalan Nurul Izzah tersebut merujuk kepada tindakan kerajaan yang mengambil keputusan untuk membekukan pengambilan pekerja asing dari mana-mana negara sumber selepas mendapat respon yang negatif daripada rakyat, serta pemimpin pembangkang.
Selain daripada itu, beliau turut mempersoalkan mengenai status kejayaan pemutihan 6P sebelum ini dan apakah kelangsungan program bagi memastikan lambakan pekerja asing tanpa izin dapat diselesaikan secara berperingkat.
Nurul Izzah berkata, kerajaan juga tidak menyatakan perancangan mereka bagi menaik taraf kualiti pekerjaan di Malaysia khususnya individu yang bekerja di bawah sektor 3D bagi memastikan mereka mendapat pembayaran berpatutan.
“Kerajaan juga tidak menyatakan secara spesifik bilakah pelaksanaan gaji minima RM1,500 sebulan bakal dilunaskan? Saya boleh jamin pekerja Malaysia boleh bekerja di kilang-kilang, bidang pembinaan serta perkhidmatan jika gaji minima dilaksanakan.
“Selain itu, jumlah pekerja tempatan yang bekerja di luar negara dalam sektor 3D khususnya di Singapura serta jumlah pekerja tempatan yang bekerja di dalam industri kasar seperti minyak dan gas juga tidak dinyatakan kepada umum,”katanya.
Dalam pada itu, Nurul Izzah yang juga merupakan Ahli Parlimen Pantai Dalam turut menggesa kerajaan supaya menyatakan tempoh garis masa pelan merujuk dan melibatkan golongan berkepentingan dalam sidang meja bulat bersama kerajaan ke arah peningkatan levi yang seharusnya dibebankan kepada majikan bukannya pekerja.
“Adalah menjadi kewajipan asas negara dalam menyediakan pekerjaan dengan gaji yang baik terutamanya untuk pekerja tempatan ke arah negara yang lebih maju,”katanya.
Share on Google Plus

About Unknown

Kuantan With Love

0 comments:

Post a Comment