Powered by Blogger.

[Gempar] Ally Iskandar Memperdaya Farahdhiya Untuk Mendapatkan Habuan Dari Bapak Ayam.!!



Penyanyi Farahdhiya melalui mStar Online mendedahkan bahawa dia nyaris diperdaya oleh individu yang menyamar sebagai pengacara Ally Iskandar dengan menawarkan pekerjaan dalam aktiviti pelacuran sebagai Gadis Peneman (Escort Girl).

“Saya ingin berkongsi kejadian yang berlaku pada saya sebelum ramai lagi tertipu. Tiga bulan lalu Instagram Ally Iskandar telah menghantar mesej untuk meminta nombor telefon saya, jadi tanpa sebarang syak kerana pernah beberapa kali bekerjasama, saya memberikan nombor telefon peribadi”

“Dia kemudian menghantar mesej di WhatsApp beberapa kali untuk menawarkan kerja hosting (pengacaraan). Pada mulanya tiada masalah, semua perbincangan berkaitan kerja sehingga pertengahan perbualan itu membuatkan saya ada berasa ragu”

Farahdhiya Nyaris Diperdaya Ejen Pelacuran

“Ally palsu itu menawarkan extra job selain hosting dengan harga RM30,000 dan RM140,000. Awak boleh baca di gambar apa yang mereka tawarkan”

“Ia sangat biadap dan kurang ajar termasuklah minta saiz badan dan gambar depan belakang, nasib baik juga saya tidak bagi sebab saya boleh fikir mana yang betul dan tidak,” jelasnya. Tambahnya, dia sudah menghubungi Ally Iskandar yang sebenar.








“Saya sudah bercakap dengan Ally Iskandar yang sebenar dan dia beritahu bahawa sudah beberapa orang lain turut terkena daripada individu yang sama. Saya akan buat laporan polis terhadap perkara ini dan saya risau kalau ada artis baru terpedaya dengan penipu ini,” jelasnya.
Share on Google Plus

About Nia Husna

Kuantan With Love

0 comments:

Post a Comment